Tag Archives: wanita

Banduan ditangkap sempat berasmara dua setengah minit dalam tandas OKU

Banduan ditangkap sempat berasmara dua setengah minit dalam tandas OKU | Seorang banduan ditangkap menyelinap masuk ke dalam tandas sebuah rangkaian burger untuk melakukan seks ketika pengawal yang membawanya sedang membeli aiskrim di kaunter. Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) di restoran Hungry Jacks di Australia pada Februari lalu itu menunjukkan lelaki terbabit melampiaskan nafsunya selama dua setengah minit di tandas orang kurang upaya.

Siasatan dilakukan Suruhanjaya Jenayah dan Rasuah mendapati sekumpulan banduan memperdaya pengawal berusia 64 tahun itu untuk berhenti di premis makanan segera  tersebut sebelum meneruskan perjalanan pulang ke pusat tahanan mereka.David Northing dan dua tahanan terbabit memasuki Hungry Jacks di Mundaring di Perth atas alasan hendak menggunakan tandas dan mahu dibelanja pengawal terbabit. read more

Mata lelaki disuntik asid sehingga buta selepas larikan isteri majikan

Mata lelaki disuntik asid sehingga buta selepas larikan isteri majikan | Sekumpulan lelaki bertindak menyerang seorang lelaki dan menyuntik asid ke dalam mata mangsa sehingga mengakibat dia buta. Semuanya gara-gara mangsa didakwa membawa lari isteri majikan yang dicintainya. Kejadian dilaporkan berlaku malam tadi di sebuah kedai makan di Pipra Chowk, Begusarai dalam wilayah Bihar di India.

Lapor portal NDTV, Timbalan Superintendan Polis tempatan, B K Singh mengesahkan kejadian dan berkata mangsa yang berusia 30 tahun itu adalah seorang pemandu.
Doktor turut mengesahkan dia hilang penglihatan akibat kejadian itu. read more