Tag Archives: Tiong Ling Hii

Keghairahan lelaki ketika memancing bertukar tragedi

Keghairahan lelaki ketika memancing bertukar tragedi | Keghairahan seorang lelaki memancing ikan di Sungai Sarawak berhampiran Masjid Terapung di sini berakhir tragedi apabila dia ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam sungai itu kelmarin. Dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa, Drahman Spawi, 35, yang berasal dari Kampung Sungai Bedil dikatakan terjatuh dari tebing sungai tersebut ketika dia bersama seorang rakannya sedang memancing.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, rakan mangsa yang menye­dari lelaki tersebut terjatuh kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. -Kosmo read more

Gempar buaya naik atas jalan raya di Limbang

Gempar buaya naik atas jalan raya di Limbang | Orang awam digemparkan dengan penemuan seekor buaya ‘sesat’ yang naik di atas jalan raya berhampiran kawasan perindustrian Limbang di sini hari ini. Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, reptilia sepanjang kira-kira 4.5 meter itu dikesan oleh orang awam kira-kira pukul 7.36 pagi.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap sang bedal itu. “Buaya itu akan diserahkan kepada pihak Sarawak Forestry Corporation untuk tindakan lanjut,” katanya. -Kosmo read more