Tag Archives: Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin

Lelaki dihukum penjara bayar denda selepas curi 2 helai jubah dan sehelai tudung

Lelaki dihukum penjara bayar denda selepas curi 2 helai jubah dan sehelai tudung | Gara-gara mencuri jubah dan tudung di sebuah kedai, seorang penganggur dihukum penjara tiga hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini. Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd. Farris Mohammad, 38, selepas dia mengaku bersalah mencuri dua helai jubah dan sehelai tudung bernilai RM90.40 di Kedai Muaz Textiles, Jalan Melayu di sini, pada 1.30 petang, 17 Mac lepas. Mahkamah memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 17 Mac dan tertuduh akan dipenjara sebulan lagi jika gagal membayar denda. read more

Wanita dipenjara dan denda kerana mencuri peralatan kuih raya di Sogo

Wanita dipenjara dan denda kerana mencuri peralatan kuih raya | Gara-gara mencuri peralatan membuat kuih raya dan beberapa barang lain di sebuah pasar raya, seorang wanita dihukum penjara sehari dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini. Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu ke atas Mazileen Mubarak Ali, 29, selepas dia mengaku bersalah mencuri 15 jenis peralatan membuat kuih dan juga makanan kucing yang bernilai RM114.60 milik Sogo Department Store, di sini pada 6.30 petang, semalam. read more