Tag Archives: tekanan perasaan

Lelaki bakar rumah selepas alami tekanan perasaan kerana dibuang kerja

Lelaki bakar rumah selepas alami tekanan perasaan kerana dibuang kerja  | Seorang lelaki yang dipercayai mengalami tekanan perasaan akibat dibuang kerja, membakar rumah keluarganya di Taman Ros, Mantin di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, berkata kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu menyebabkan ruang tamu kediaman terbakar sebelum lelaki berusia 34 tahun berkenaan memaklumkan jirannya.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu sengaja menyebabkan dirinya mabuk sebelum membakar rumah keluarganya,” katanya di sini, hari ini. Katanya, lelaki itu ditahan di rumah kira-kira jam 11 malam tadi manakala kejadian disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api. read more

Incoming search terms:

  • kanun keseksaan seksen 435
  • kanun keseksaan seksyen 435

Lelaki alami tekanan cuba bakar diri di stesen minyak

Lelaki alami tekanan cuba bakar diri di stesen minyak | SEORANG lelaki yang mengalami tekanan cuba membakar dirinya di stesen minyak. Menerusi sesi perbicaraan di mahkamah, Willmantas Zuikis cuba melakukannya menggunakan pemetik api pada Ogos lalu. Dia bagaimanapun gagal menyalakan api selepas dihalang seorang juruwang stesen minyak.

Juruwang yang mencurigai kelakuan Zuikis sebelum itu bertindak pantas dengan menutup saluran petrol bagi mengelakkan kebakaran berlaku. Zuikis dihukum penjara 16 bulan kerana kelakuannya berisiko yang boleh mengakibatkan bencana bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga orang lain. – Mirror read more