Tag Archives: syarikat guaman David Lowe dan Co. di Broxbourne

Niat jual rumah membawa kejutan besar pula buat wanita ini

Niat jual rumah membawa kejutan besar pula buat wanita ini | Seorang kakita­ngan insurans yang ingin menjual rumah berkembar miliknya di Colchester dekat sini terkejut apabila mendapati sebahagian daripada bilik tidur dalam rumah itu adalah milik jiran se­belah. Samantha Sweeney, 45, hanya mengetahui perkara tersebut setelah dimaklumkan pejabat Pendaftar Tanah di sini ketika mahu menjual rumah itu dengan harga 375,000 pound (RM2 juta) pada Mei tahun lalu.Dokumen yang dikeluarkan oleh pejabat tersebut menunjukkan garisan sempadan dalam bilik tidur berkeluasan 8.4 meter persegi yang terletak di atas laluan kereta yang dikongsi wanita itu bersama jirannya. read more