Tag Archives: syamnuriezmil

CIK SERBA TAHU – SYAMNURIEZMIL

Cik Serba Tahu – Syamnuriezmil | Lulu jarang nak beli dan baca novel yang nipis. Dan untuk info novel penulis  yang satu ni memang nipis sangat, tapi hehe lulu memang minat sangat penulisan Syamnuriezmil ni, memang tidak pernah mengecewakan, so memang pilihan yang tepat untuk memilikinya dan enjoy sangat masa baca.

Novel ini mengisahkan Aerna yang di gelar Cik Serba Tahu sebab tahu apa saja yang berlaku. Asal tanya saja, dia memang tahu, dan pujian harus diberikan kepadanya kerana kecekapannya mengurus kerja, pejabat termasuk satu keluarga bos hehe. Satu hari ni dia mengenali Carl Adham, dalam satu insiden hampir berlanggar, first impression Aerna terhadap lelaki yang satu ni memang ke laut abis. Dan bila si Carl ni minta nombor telefon, selamba saja Aerna bagi nombor telefon bapak. Niat nak mengenakan Carl lah tu, tapi sebaliknya dia pula yang terkena. Boleh pulak bapak berpakat dengan si Carl tu nak kenen-kenen kan dengan Aerna. Yalah kan tak kenal maka tak cinta. Bila bapak dah siap siasat seluruh latar belakang Carl dan pujuk Aerna untuk buka hati, maka ikutlah Aerna kerumah mummy dan abah Carl.. read more