Tag Archives: susu ibu

Gelagat pramugari menyusukan bayi tidak dikenali ketika penerbangan mendapat pujian

Gelagat pramugari menyusukan bayi tidak dikenali ketika penerbangan mendapat pujian | SEORANG pramugari bertindak menyusukan bayi yang menangis gara-gara susu formulanya habis sejurus pesawat berlepas. Patrisha Organo, 24, sedang bertugas dalam penerbangan awal pagi dari Filipina apabila dia mendengar tangisan bayi yang sangat kuat. Pramugari itu yang mempunyai bayi berusia sembilan bulan terus menuju ke arah ibu bayi berkenaan untuk memberikan bantuan.

“Sebaik sahaja saya mendengar bayi menangis, saya tahu ada sesuatu yang mungkin saya boleh buat untuk membantu. “Apabila ibunya beritahu saya bahawa dia tidak mempunyai susu formula dan saya tahu dalam penerbangan tak ada seorang pun yang membawa susu, saya tahu saya harus membantu. “Saya menawarkan susu badan saya sendiri, kerana saya memang menyusukan anak saya. read more

Pengasuh dipecat selepas curi minum susu ibu (majikan)

Pengasuh dipecat selepas curi minum susu ibu (majikan) | Seorang pengasuh dipecat selepas dirakam meminum susu ibu yang sepatutnya diberikan kepada anak majikannya. Menurut laporan Shanghaiist, mangsa yang dikenali sebagai Lin mengatakan susu tersebut sepatutnya diberikan kepada dua anaknya. Kejadian bermula selepas pengasuh berumur 58 tahun berkenaan mengambil susu sebanyak 130 mililiter untuk ‘diberikan’ kepada anak Lin. Pengasuh tersebut kemudian mengatakan anak Lin ‘menghabiskan’ kesemua susu tersebut tetapi Lin tidak mempercayainya. read more