Tag Archives: Sungai Sarawak

Keghairahan lelaki ketika memancing bertukar tragedi

Keghairahan lelaki ketika memancing bertukar tragedi | Keghairahan seorang lelaki memancing ikan di Sungai Sarawak berhampiran Masjid Terapung di sini berakhir tragedi apabila dia ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam sungai itu kelmarin. Dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa, Drahman Spawi, 35, yang berasal dari Kampung Sungai Bedil dikatakan terjatuh dari tebing sungai tersebut ketika dia bersama seorang rakannya sedang memancing.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, rakan mangsa yang menye­dari lelaki tersebut terjatuh kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. -Kosmo read more

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak dedah cabaran terbesar berhadapan banjir

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak dedah cabaran terbesar berhadapan banjir | Gelombang banjir kedua yang melanda negeri ini sejak Sabtu lalu, memberi cabaran besar kepada pasukan penyelamat apabila menghadapi kesu­karan untuk menghantar bantuan dan memindahkan mangsa ekoran air naik terlalu cepat.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Nor Hisham Mohammad berkata, dalam tempoh tiga hari banjir paling teruk melanda empat daerah di negeri ini, beberapa perkampungan terletak di kawasan hulu khususnya Puncak Borneo telah terputus hubungan kerana jalan raya dinaiki air dan berlaku tanah runtuh. read more