Tag Archives: sujud syukur

Pengulas minta maaf salah sebut sujud sahwi ketika Hafizh Syahrin sujud syukur sejurus berakhirnya perlumbaan

Pengulas minta maaf salah sebut sujud sahwi ketika Hafizh Syahrin sujud syukur sejurus berakhirnya perlumbaan | Acara perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia ternyata menarik perhatian ramai sehingga menjadi topik perbualan utama di media sosial. Ia gara-gara keterlanjuran kata pengulas bertugas yang tersilap menyebut sujud sahwi sewaktu pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah melakukan sujud syukur sejurus berakhirnya perlumbaan.

Pengulas Radio Televisyen Malaysia (RTM), Rasdi Jumaat ketika dihubungi mengakui sedar kesilapannya itu yang dilakukan sewaktu siaran langsung, Ahad lalu. “Ia berlaku secara spontan, masa mengulas tu pengulas kena peka dengan banyak benda. Arahan penerbit, ulasan Inggeris, suara rakan sebelah lagi. “Tambahan pula mengulas sukan melibatkan kelajuan. Saya akui ‘slip tongue’ pada hari itu dan saya mohon maaf. read more