Tag Archives: skandal suami

Wanita tinggalkan suami selepas terlihat gambar bilik tidurnya di instagram wanita lain

Wanita tinggalkan suami selepas terlihat gambar bilik tidurnya di instagram wanita lain | SEORANG wanita Rusia bertindak meninggalkan suaminya selepas menyedari pemandangan dari tingkap bilik tidurnya sama dengan gambar yang dimuat naik di akaun Instagram wanita lain. Yulia Agranovych, bekas model yang menjadi ahli pergigian kanak-kanak dari St. Petersburg sedang melayari gambar-gambar di Instagramnya pada suatu pagi.

Dia kemudian terlihat satu gambar pemandangan yang amat biasa dilihatnya, tetapi dimuat naik oleh Vlada Abramovich.Pemandangan itu sama dengan pemandangan dari tingkap bilik tidurnya yang biasa dinikmati setiap hari, jadi dia terus memeriksa gambar-gambar lain dari akaun yang sama sebelum menemui beberapa gambar suaminya, Nazar Grynko. Agranovych memutuskan untuk bersemuka dengan suaminya berhubung foto-foto itu.”Saya tak cari apa-apa, ia adalah pagi yang biasa,” kata Agranovych kepada rangkaian berita Rusia Ren-TV. read more