Tag Archives: Silvia Wilson

30 tahun hilang ingatan kerana kemalangan, akhirnya dia pulih..

30 tahun hilang ingatan kerana kemalangan, akhirnya dia pulih.. | Seorang lelaki di Kanada yang hilang ingatan selama 30 tahun selepas terlibat dalam satu kemalangan, akhirnya mengingati identitinya semula, baru-baru ini. Portal CNN yang memetik kenyataan Polis Wilayah Niagara melaporkan, Edgar Latulip, 51, yang berasal dari Kitchener, Kanada, mula mengingati namanya sejak dia berkhidmat sebagai pekerja sosial pada 7 Januari lalu.

Jelas laporan itu, Latulip me­ninggalkan kawasan kediamannya pada 1986 dengan menaiki sebuah bas ke Air Terjun Niagara, tetapi mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan ke bandar St. Catharines yang menyebabkan kepalanya terhantuk dan dia hilang ingatan akibat kecederaan tersebut. Sejak kejadian itu, Latulip tinggal di bandar berkenaan selama 30 tahun dan menggunakan nama berbeza, tetapi mula mengingati identiti sebenar baru-baru ini dan melakukan siasatan secara lanjut dengan mengumpulkan maklumat daripada akhbar lama. read more