Tag Archives: siasatan

Banduan ditangkap sempat berasmara dua setengah minit dalam tandas OKU

Banduan ditangkap sempat berasmara dua setengah minit dalam tandas OKU | Seorang banduan ditangkap menyelinap masuk ke dalam tandas sebuah rangkaian burger untuk melakukan seks ketika pengawal yang membawanya sedang membeli aiskrim di kaunter. Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) di restoran Hungry Jacks di Australia pada Februari lalu itu menunjukkan lelaki terbabit melampiaskan nafsunya selama dua setengah minit di tandas orang kurang upaya.

Siasatan dilakukan Suruhanjaya Jenayah dan Rasuah mendapati sekumpulan banduan memperdaya pengawal berusia 64 tahun itu untuk berhenti di premis makanan segera  tersebut sebelum meneruskan perjalanan pulang ke pusat tahanan mereka.David Northing dan dua tahanan terbabit memasuki Hungry Jacks di Mundaring di Perth atas alasan hendak menggunakan tandas dan mahu dibelanja pengawal terbabit. read more

Ibu peroleh ganti rugi RM184,000 selepas anak mati dalam tahanan polis

Ibu peroleh ganti rugi RM184,000 selepas anak mati dalam tahanan polis | Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan ganti rugi berjumlah RM149,000 kepada seorang ibu yang anaknya meninggal dunia semasa dalam tahanan polis pada 2012, setelah memutuskan bahawa kematian itu disebabkan kecuaian polis. Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed turut memerintahkan kesemua defendan termasuk ketua polis negara ketika itu Tan Sri Ismail Omar, ketua pengarah Rela ketika itu, Datuk Mustafa Ibrahim, kerajaan Malaysia, 12 anggota polis dan dua anggota Rela supaya membayar kos RM35,000 kepada ibu mangsa Lim Gaik Suan, 71, dan kakak mangsa Cheah Saw Imm, 51. read more