Tag Archives: Seksyen 380 Kanun Keseksaan

Sanggup mencuri demi kelihatan cantik dan berbau wangi (perfume)

Sanggup mencuri demi kelihatan cantik dan berbau wangi (perfume) | Padah mencuri barangan penjagaan untuk kelihatan cantik dan berbau wangi, seorang promoter dihukum penjara selama 13 hari dan denda RM500 di mahkamah majistret, di sini, Selasa. Tertuduh, Nor Maliyani Mat Nor, 22, dihukum selepas mengaku salah di hadapan Majistret, Nik Habri Muhammad. Tertuduh didakwa mencuri Ambi Pur Gel Fresh&Floral 180G; Ambi Pur Gel Relaxing Lavender 180G; lima Gillete Daisy; dua Glade Hang It Fresh Lavender; Ubat Gigi Colgate Plus Sugar Acid Neutral 225G; Listerine Total Care 250ml; Pucelle Fantasy Love; Minyak Wangi Enchaunter; Pewangi Ketiak Enchaunter 75ml; Minyak Wangi Bad Lab Deo Spray 100ml; Syampu Loreal Paris Elseve 325ml. read more

Lelaki dihukum penjara bayar denda selepas curi 2 helai jubah dan sehelai tudung

Lelaki dihukum penjara bayar denda selepas curi 2 helai jubah dan sehelai tudung | Gara-gara mencuri jubah dan tudung di sebuah kedai, seorang penganggur dihukum penjara tiga hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini. Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd. Farris Mohammad, 38, selepas dia mengaku bersalah mencuri dua helai jubah dan sehelai tudung bernilai RM90.40 di Kedai Muaz Textiles, Jalan Melayu di sini, pada 1.30 petang, 17 Mac lepas. Mahkamah memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 17 Mac dan tertuduh akan dipenjara sebulan lagi jika gagal membayar denda. read more