Tag Archives: Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Kerani dibunuh kerana bermulut celupar

Kerani dibunuh kerana bermulut celupar | “Kerana mulut badan binasa”. Itulah peribahasa bagi menggambarkan situasi yang menimpa seorang kerani apabila dicekik dan ditikam dipercayai perbuatan seorang kakitangan lelaki di makmal sekolah. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supritendan Azizan Tukiman berkata, dalam kejadian kira-kira 2.30 petang Rabu itu, suspek dipercayai mencekik dan menikam mangsa yang dikenali sebagai Zaimah Mahmod, 57, menggunakan pisau.

Suspek menyerah diri di Balai Polis Banting selepas mengaku membunuh mangsa gara-gara berdendam kerana sering disindir. “Mangsa dikatakan selalu menyindir suspek ada hubungan cinta dengan seorang kakitangan di tempat kerja sama. “Walaupun dinafikan oleh suspek, mangsa masih juga menyindir dan mengatanya. Pada masa sama suspek juga didapati mempunyai rekod dan menjalani rawatan akibat masalah tekanan di Hospital Banting,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu. read more

Lelaki warga Nepal hidup dengan mayat kekasih selama tiga hari

Lelaki warga Nepal hidup dengan mayat kekasih selama tiga hari | Hidup bertemankan mayat teman wanita rakan serumahnya selama tiga hari, itulah keadaan dihadapi dua lelaki warga Nepal yang mendiami sebuah rumah di Flat Green Garden, Air Itam di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mayat seorang wanita warga Indonesia, Santi Restauli Simbolon, 25, ditemui dalam keadaan terduduk dan terkunci dalam sebuah almari di dalam bilik utama rumah terbabit.

Sumber berkata, rakan mangsa terpaksa mengumpil pintu bilik terbabit sebelum memecahkan almari berkunci yang menempatkan mayat wanita berkenaan, selepas terhidu bau busuk dari bahagian ruang tamu. “Mangsa yang bekerja sebagai operator kilang itu dipercayai dibunuh pada Ahad lalu, dengan kali terakhir dia dilihat di dalam rumah terbabit oleh dua rakan serumah teman lelakinya, pada Jumaat lalu. read more