Tag Archives: seks

Banduan ditangkap sempat berasmara dua setengah minit dalam tandas OKU

Banduan ditangkap sempat berasmara dua setengah minit dalam tandas OKU | Seorang banduan ditangkap menyelinap masuk ke dalam tandas sebuah rangkaian burger untuk melakukan seks ketika pengawal yang membawanya sedang membeli aiskrim di kaunter. Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) di restoran Hungry Jacks di Australia pada Februari lalu itu menunjukkan lelaki terbabit melampiaskan nafsunya selama dua setengah minit di tandas orang kurang upaya.

Siasatan dilakukan Suruhanjaya Jenayah dan Rasuah mendapati sekumpulan banduan memperdaya pengawal berusia 64 tahun itu untuk berhenti di premis makanan segera  tersebut sebelum meneruskan perjalanan pulang ke pusat tahanan mereka.David Northing dan dua tahanan terbabit memasuki Hungry Jacks di Mundaring di Perth atas alasan hendak menggunakan tandas dan mahu dibelanja pengawal terbabit. read more

Penerbangan ditunda gara-gara getaran pada alat mainan seks

Penerbangan ditunda gara-gara getaran pada alat mainan seks | Penerbangan domestik AirAsia dari Chiang Mai ke Don Mueang ke Bangkok ditunda seketika berpunca daripada bunyi getaran alat mainan seks yang disangka adalah sebuah bom. Memetik laporan Daily Star, getaran itu telah menyebabkan suasana di dalam pesawat bertukar panik apabila kakitangan pesawat mendengar dengungan yang kuat daripada sebuah beg sandang berwarna hijau.

Bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, petugas pesawat meminta bantuan pakar pemusnah bom ke landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai untuk mengesahkan perkara itu. “Tetapi mereka menarik nafas lega apabila sebaik sahaja beg itu dibuka ternyata punca bunyi getaran itu hanyalah daripada alat mainan seks,” kata petugas pesawat. Penerbangan itu dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai Thailand ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok Don Mueang pada jam 8:25 pagi pada hari Rabu. read more