Tag Archives: Sains Carnegie

Kepingan kerak Bumi berusia 4.3 bilion tahun ditemui di Kanada

Kepingan kerak Bumi berusia 4.3 bilion tahun ditemui di Kanada | Sekumpulan saintis menemui beberapa serpihan yang mengandungi kerak Bumi dipercayai berusia 4.3 bilion tahun di kawasan Great Lakes di sini baru-baru ini. Bumi yang dianggarkan kini berusia kira-kira 4.6 bilion tahun menyebabkan pasukan saintis menyifatkan ia mungkin sebahagian daripada peninggalan kerak asal Bumi sekali gus merupakan pembentukan kerak Bumi tertua.

Dalam satu kajian terbaharu, sekumpulan saintis dari Universiti Ottawa dan Sains Carnegie telah menganalisis serpihan batu yang mengandungi sumber tenaga isotop samarium dan logam nadir neodimium yang ditemui di utara Great Lakes. Sampel kerak bumi itu turut terdiri daripada batu granit berusia 2.7 bilion tahun yang kaya dengan galian magnesium.

read more