Tag Archives: review novel online

DI TAMAN LARANGAN – ANA SOFIYA

-STicky PosT-

DI TAMAN LARANGAN – ANA SOFIYA | Kali ini penulis kegemaran lulu ni memilih kisah yang tidak kurang menariknya, mengisahkan mengenai dunia perkahwinan Ayuni dan Zuhayr yang tidak seindah yang diharapkan. Perkenalan singkat pada mulanya antara mereka berdua tidak menghalang Ayuni dari bersetuju mengahwini Zuhayr yang rupanya punya agenda sendiri dalam diam. Layanan buruk mertua juga memburukkan lagi keadaan. Terkilan menjeruk hati dan air mata yang tetap setia menemani, mujur saja Ayuni punya Insyirah kawan baik yang sentiasa ada untuk dia. read more

NEREDESIN? AWAK DI MANA? – PUTERI NOR

NEREDESIN? AWAK DI MANA? – PUTERI NOR | Subhanallah, tak terasa lulu baca novel ni, dari satu perkataan ke satu perkataan sehingga tamat novel, sungguh lulu kagum.. Ada juga terselit seperti membaca novel Melur Jelita, namun sebenarnya ada keistimewaan tersendiri dalam tulisan penulis yang pasti akan membuatkan perasaan jadi berputar kepada 360 darjah.. 😀

Mejar Syed Hilal Aslan jatuh cinta pandang pertama pada gadis yang punya rupa unik, Ruby Haya ketika berada di Kem KD Sri Medini. Dan jodoh mereka rupanya sudah tertulis ketika bertemu tanpa disangka di bumi Istanbul. Kejadian demi kejadian berlaku di sana dan tanpa ragu, Ruby segera dinikahi lalu bermulalah perjalanan dunia perkahwinan yang begitu indah antara pasangan ini. Dengki dan dendam Mak Mah, ibu saudara kejam yang menjaga Ruby sedari kecil, menjaja kisah hidup kelam dan aib Ruby kepada ibu mertuanya. Lalu selepas itu, Saadiah bertindak kejam terhadap menantunya yang sedang hamil. Kemudian Hilal dipaksa menceraikan Ruby semata-mata dengan alasan Ruby tidak ‘layak’ menjadi isteri Hilal dan menantu keluarganya. read more