Tag Archives: R Sudjoko

Lazada Malaysia

Pensyarah sebuah maktab perguruan ishtihar diri Tuhan dan perkenal agama baru

Pensyarah sebuah maktab perguruan ishtihar diri Tuhan dan perkenal agama baru | Seorang pensyarah sebuah maktab perguruan menamakan dirinya sebagai tuhan selepas mengisytiharkan satu agama baru – Agama Angkasa Nauli (AAN). Pensyarah berkenaan, Sabar Nababan menyebarkan agamanya itu melalui media sosial sejak Jumaat lalu. Dalam satu kenyataan yang dimuat naiknya, Sabar menamakan kitab suci agamanya ‘Kebenaran.’ Dia juga turut menyenaraikan nama jemaah serta barisan pentadbir AAN.

Menyedari mengenai perisytiharan itu, polis bertindak cepat bagi memastikan tidak ada perkara buruk berlaku kerana bimbang ada pihak yang akan bertindak terhadap Sabar. Ketua polis R Sudjoko berkata, pihaknya sudah menyoal siasat Sabar mengenai AAN. “Dia mengaku mengisytiharkan agama barunya menerusi Facebook ketika kami menyoalnya di rumahnya. Sehubungan itu, kami juga sudah menyelaraskan tindakan selanjutnya dengan pejabat awam lain, termasuk Jabatan Agama,” kata Sudjoko.

read more