Tag Archives: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Pelakon Aeril Zafrel dakwa ada pihak cuba buat syirik untuk sabotaj perniagaannya

Pelakon Aeril Zafrel dakwa ada pihak cuba buat syirik untuk sabotaj perniagaannya | PADA zaman serba moden, rupa-rupanya masih ada segelintir masyarakat yang percaya dengan perkara tahyul dan syirik hanya kerana rasa dendam dan tidak puas hati terhadap orang lain. Di akhir-akhir Ramadan yang bakal meninggalkan kita tidak lama lagi, gempar apabila aktor Aeril Zafrel mendakwa ada pihak yang cuba melakukan perbuatan syirik untuk sabotaj perniagaannya.

Aeril turut memuat naik gambar benda pelik di Instagram miliknya kelihatan seperti beberapa batang lidi diikat yang dijumpainya di gerai jualannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada malam Ahad. “Jumpa benda ini dekat booth masa berniaga malam tadi di PWTC. Apalah niat sebenarnya? Astaghfirullah…,” tulisnya pada kapsyen. Dakwa Aeril, ia bukan kali pertama dia menemui benda yang sama di gerainya malah kejadian serupa pernah berlaku ketika dia berniaga di Johor.”Bulan Ramadan pun nak buat macam ni, bukan booth di Kuala Lumpur saja, tetapi gerai kami di Johor pun sama. Ada staf jumpa benda sama,” katanya. read more

Tahniah Soo Wincci akhirnya bergelar doktor falsafah (PhD)

Tahniah Soo Wincci akhirnya bergelar doktor falsafah (PhD) | Selepas enam tahun berusaha, penyanyi dan pelakon Soo Wincci akhirnya bergelar doktor falsafah (PhD) selepas menerima ijazah itu dalam bidang Pengurusan Perniagaan pada majlis konvokesyen Universiti Terbuka Malaysia (OUM) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Isnin. Soo Wincci, 31, berkata, dia terharu apabila pengorbanannya selama tempoh itu untuk mengejar cita-cita itu akhirnya berbaloi dengan penganugerahan yang diterimanya. read more