Tag Archives: piala dunia

Jurulatih Itali dipecat selepas juara empat kali itu gagal layak ke pusingan akhir Piala Dunia

Jurulatih Itali dipecat selepas juara empat kali itu gagal layak ke pusingan akhir Piala Dunia | Gian Piero Ventura dipecat sebagai jurulatih Itali sebentar tadi selepas juara empat kali itu gagal layak ke pusingan akhir Piala Dunia. Nasib jurulatih veteran itu diputuskan selepas satu mesyuarat tergempar di ibu pejabat Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC) di Rome. Pengendali berusia 69 tahun itu enggan meletakkan jawatan sekalipun tumpas 0-1 secara agregat pada playoff di tangan Sweden Isnin lalu menyaksikan Itali terlepas Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun. read more

Itali gagal layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958

Itali gagal layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958 selepas terikat tanpa jaringan dalam aksi timbal balik menentang Sweden, yang layak menerusi agregat 1-0 di Stadium San Siro, sebentar tadi. Juara Piala Dunia empat kali itu mendominasi sepanjang perlawanan namun gagal mencipta dan menyudahkan peluang sekali gus menyaksikan keputusan 0-0 kekal hingga wisel penamat.

Sweden layak ke Piala Dunia Rusia 2018 selepas menempa kemenangan dalam pertemuan timbal balik pertama menerusi jaringan tunggal Jakob Johansson, penampilan pertama di aksi final Piala Dunia sejak 2006. – AFP read more

Incoming search terms:

  • itali 2006