Tag Archives: pergaduhan

Rakaman pakar bedah dan jururawat bergaduh dalam bilik pembedahan tular

Rakaman pakar bedah dan jururawat bergaduh dalam bilik pembedahan tular | Sebuah rakaman yang memaparkan seorang pakar bedah dan jururawat bergaduh di dalam bilik pembedahan tular di China. Rakaman video pada 12 Mei itu menunjukkan dua pekerja perubatan masih berpakaian uniform pembedahan dilihat bertengkar sesama sendiri. Lelaki itu pada mulanya melemparkan sarung tangan kepada seorang jururawat menyebabkan wanita itu bertindak balas dengan menumbuk lelaki berkenaan.

Lelaki berkenaan terus menumbuk berulang kali wanita itu dan pekerja yang lain dilihat cuba menghentikan pergaduhan itu. Insiden berkenaan dilaporkan berlaku di Lankpu, wilayah Henan, tengah China. Sementara itu, berdasarkan rakaman soal siasat dengan pegawai penyiasat polis, lelaki itu berkata, insiden itu berlaku selepas tamat pembedahan dan tiada pesakit di dalam berkenaan ketika kejadian. Polis tidak mendedahkan punca yang membawa kepada perbalahan tersebut. -AP read more

Wanita sanggup telan duit RM28,000 kerana bergaduh dengan suami

 Wanita sanggup telan duit RM28,000 kerana bergaduh dengan suami | Gara-gara terdesak, seorang wanita Colombia sanggup menelan wang kertas berjumlah AS$7,000 (RM28,000) ketika bergaduh dengan suaminya, baru-baru ini. Menurut laporan portal Mirror, wanita berusia 30 tahun itu menelan wang kertas not AS$100 yang merupakan wang yang diperoleh hasil menjual beberapa barangan elekrik di rumahnya dan mahu digunakan untuk pergi bercuti bersama suami.

Bagaimanapun punca pergaduhan kedua-dua pasangan itu tidak dapat dipastikan tetapi doktor terpaksa menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan wang kertas daripada perut wanita terbabit. Menurut Pengarah Unit Pembedahan Hospital Universiti Satander,, sebanyak 57 keping not AS$100 dikeluarkan daripada perut dan usus kecil wanita yang tidak dinamakan itu. Kebanyakan wang kertas terbabit dikeluarkan menerusi saluran usus manakala kecil dan selebihnya melalui usus besar. “Duit itu ditelan tanpa dibaluti dengan plastik, menunjukkan tindakan wanita itu sebagai terdesak,” katanya. -AP read more