Tag Archives: Pengarah Perniagaan Negeri BSN Kelantan

Ibu terima kejutan disatukan dengan anak yang sudah dua tahun tidak bertemu

Ibu terima kejutan disatukan dengan anak yang sudah dua tahun tidak bertemu  | Semalam menjadi hari paling bermakna buat seorang ibu tunggal apabila disatukan dengan anak perempuan kesayangannya yang sudah dua tahun tidak bertemu. Kejutan penuh emosi itu membuatkan Azizah Husin, 58, menangis kegembiraan apabila anaknya Hafizah Che Ahmed, 24, yang menuntut di Bangalore Medical College, India, berdiri di hadapan mata. Sebelum itu, Azizah yang mempunyai 10 anak dibawa ke gedung pakaian Pelangi Textile, Guchil, di sini, untuk membeli pakaian baru, manakala Hafizah menyamar sebagai pekerja gedung untuk memberi kejutan kepada ibunya untuk menyatukan mereka menerusi inisiatif Bank Simpanan Nasional (BSN) sempena Kempen Riuhkan Raya BSN. read more