Tag Archives: pelajar sekolah

Pelajar berdepan kes buli selepas siar rakan sekelas sedang buang air besar di Facebook Live

Pelajar berdepan kes buli selepas siar rakan sekelas sedang buang air besar di Facebook Live | LIMA murid di sekolah rendah yang tidak dinamakan berdepan aduan buli selepas mereka menyiarkan secara langsung seorang rakan sekelas mereka sedang buang air besar di Facebook Live. Mangsa, seorang murid perempuan berusia 11 tahun, memfailkan aduan di Polis Daerah Manila (MPD), Filipina, lapor Radio Inquirer. Menurut mangsa, rakan sekelasnya berumur sekitar 11 hingga 13 tahun.

Laporan itu menyatakan bahawa murid itu pergi ke tandas sekolah untuk buang air besar dan diekori lima rakan sekelasnya yang kemudian mengambil videonya serta menyiarkannya menerusi akaun media sosial. Mangsa tidak tahu dirinya dirakam sehinggalah jirannya melihat video itu dan menunjukkan kepada ibu bapanya. Lima pembuli itu pada mulanya ditangkap oleh pihak berkuasa MPD tetapi kemudian dibebaskan dan kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan. -Yahoo Philippines read more

Pelajar sekolah maut selepas kemalangan dan digilis lori

Pelajar sekolah maut selepas kemalangan dan digilis lori | Seorang pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Penambang maut digilis lori di Jalan Pantai Cahaya Bulan, di sini, petang semalam. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.20 petang itu, motosikal jenis Yamaha Y150ZR yang ditunggang oleh mangsa, Nur Wardiah Syahirah Mustafa, 14, hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah Perodua Viva yang terletak di bahu jalan.

Akibat perlanggaran itu, mangsa yang datang dari arah Jalan Pantai Cahaya Bulan menuju ke Kota Bharu itu terjatuh di tengah jalan sebelum digilis sebuah lori yang datang dari arah sama. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. read more