Tag Archives: patah tulang rusuk

Gadis patah tulang rusuk ditolak dari jambatan oleh seorang rakan

Gadis patah tulang rusuk ditolak dari jambatan oleh seorang rakan | SEORANG gadis terjatuh ke dalam sungai pada ketinggian 60 kaki selepas ditolak dari sebuah jambatan oleh seorang rakannya dan insiden itu sempat dirakamkan. Kejadian berlaku selepas gadis berusia 16 tahun itu mendedahkan kepada rakan-rakan lain bahawa dia terlalu takut untuk terjun ke Sungai Lewis di Yacolt, Washington.

Dalam video itu, dia dilihat hanya berdiri di atas tebing dan teragak-agak untuk melompat sebelum ditolak dari belakang, menyebabkan dia gagal mengimbangkan badannya. Dia dilihat cuba untuk menghalang dirinya daripada jatuh, tetapi gagal. Selepas diperiksa, gadis itu didapati patah lima tulang rusuk dan mengalami kecederaan paru-paru, tetapi ibunya, hanya dikenali sebagai Genelle, berkata anaknya itu bernasib baik kerana terselamat. read more