Tag Archives: pasangan kekasih

Pasangan warga emas buat keputusan untuk berkahwin selepas 72 tahun terputus hubungan

Pasangan warga emas buat keputusan untuk berkahwin selepas 72 tahun terputus hubungan | Sepasang kekasih warga emas yang masing-masing berusia 89 tahun akhirnya membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas 72 tahun terputus hubungan. George Coffin dan Irene Lanning dikatakan menyulam cinta hampir tiga tahun ketika mereka berusia 14 tahun selain menetap di kawasan berhampiran di Sutton Coldfield, Midlands Barat dekat sini.

Ketika itu, hubungan yang terputus di tengah jalan menyebabkan mereka membawa haluan masing-masing dan bertemu jodoh dengan pasangan lain. Lanning yang memiliki empat cucu dikatakan pernah berkahwin sebanyak dua kali tetapi malangnya, kedua-dua suaminya meninggal dunia. Sementara itu, usia perkahwinan Coffin bersama Sylvia pula yang mencecah 65 tahun juga tidak berkekalan apabila isteri kesayangannya menemui ajal beberapa tahun lalu. Bagaimanapun, pasangan itu akhirnya bertemu semula selepas tujuh dekad terpisah ketika mereka menghadiri satu upacara pengebumian seorang rakan pada tahun lalu. read more

Wanita potong kemaluan bekas teman lelaki selepas bertengkar dan putus hubungan

Wanita potong kemaluan bekas teman lelaki selepas bertengkar dan putus hubungan | SEORANG wanita didakwa memotong kemaluan bekas teman lelakinya. Suspek turut didakwa memberikan dadah kepada mangsa sehingga tidak sedar sebelum kemaluannya dipotong. Ketika kejadian, pasangan itu sebelum tinggal bersama di sebuah kabin di bandar Puerto Plata di Republik Dominican. Menurut laporan polis, Samuel Ventura Garcia, 44, dan teman wanitanya, Johanny Diaz, 28, bertengkar dan memutuskan hubungan mereka. read more