Tag Archives: novel terkini

BUKAN ENCIK SEMPURNA – YUMI HYRA

BUKAN ENCIK SEMPURNA – YUMI HYRA | Alahai menariknya novel ni, rasa tak puas baca, sedar-sedar dah sampai ke helaian terakhir hehe..

Novel mengisahkankan mengenai Ulya Hana atau Uya yang terpaksa berhadapan dengan ‘Projek Uya Kena Kahwin Sebelum Hujung Tahun’ yang diketuai oleh Mak Tok nya sendiri. Dan sebaik saja projek ini bermula, Uya dah pun pening kepala disebabkan calonnya bukan seorang malahan ada tiga orang. Tapi calon Mak Tok tetap Luth Hannan atau panggilannya ‘Han Han’ yang dikenali Uya sejak dari kecil. read more

WANITA TERINDAH – EZZA MYSARA

WANITA TERINDAH – EZZA MYSARA | Sikap panas baran, suka marah-marah dan mulut tidak ada insurans Fahim Aiman tidak pernah menggentarkan hati Nuryn yang merupakan seorang yang sangat sederhana dan disayangi rakan sekerja. Tingkah Nuryn yang mampu tersenyum dan kadang-kala tertawa membuatkan hati Fahim Aiman mula terusik. Terutama melihat layanan mesra Nuryn terhadap ibunya dan ‘anak angkat’ ibunya, Fikri yang menderita penyakit ‘Leukimia Limfoid Akut’.

Kematian ibunya dalam kemalangan jalanraya membuatkan hidup Fahim Aiman kelam kabut. Mana nak bekerja, menguruskan Fikri lagi membuatkan kerjanya terganggu dan dirinya sendiri tidak terurus. Tidak tersangka, Nuryn hadir dan melamarnya menjadi suami. Nuryn dinikahi tanpa pengetahuan orang lain dan bermulalah kisah rumahtangga mereka yang pada mulanya hanya menjadikan Fikri sebagai alasa. read more