Tag Archives: novel best

WANITA TERINDAH – EZZA MYSARA

WANITA TERINDAH – EZZA MYSARA | Sikap panas baran, suka marah-marah dan mulut tidak ada insurans Fahim Aiman tidak pernah menggentarkan hati Nuryn yang merupakan seorang yang sangat sederhana dan disayangi rakan sekerja. Tingkah Nuryn yang mampu tersenyum dan kadang-kala tertawa membuatkan hati Fahim Aiman mula terusik. Terutama melihat layanan mesra Nuryn terhadap ibunya dan ‘anak angkat’ ibunya, Fikri yang menderita penyakit ‘Leukimia Limfoid Akut’.

Kematian ibunya dalam kemalangan jalanraya membuatkan hidup Fahim Aiman kelam kabut. Mana nak bekerja, menguruskan Fikri lagi membuatkan kerjanya terganggu dan dirinya sendiri tidak terurus. Tidak tersangka, Nuryn hadir dan melamarnya menjadi suami. Nuryn dinikahi tanpa pengetahuan orang lain dan bermulalah kisah rumahtangga mereka yang pada mulanya hanya menjadikan Fikri sebagai alasa. read more

SYURGAKU TAK SEMPURNA – SARA AISHA

SYURGAKU TAK SEMPURNA – SARA AISHA | Tengku Zarif mengahwini seorang gadis kampung bernama Zalia selepas hanya pertama kali melihat wanita itu, hatinya terpaut dan yakin itulah cintanya. Perkahwinan itu begitu bahagia sehinggalah mereka kehilangan anak dalam satu kemalangan. Zalia mengalami tekanan perasaan atas kehilangan itu terutama apabila disahkan tidak boleh hamil lagi kesan daripada kemalangan tersebut.

Tengku Zaharah, ibu Tengku Zarif mula membuat rancangan untuk menghancurkan perkahwinan anaknya. Tengku Zarif dipasangkan dengan Fariena, Sekuat mana pun Zalia bertahan akhirnya dia kalah selepas membenarkan Tengku Zarif mengahwini wanita itu. Lalu suaminya semakin menjauh darinya dan membuatkan Tengku Zaharah dan Fariena tersenyum tanda menang. read more