Tag Archives: novel baru

HALALKAN HATI YANG KUCURI – MIA KIFF

Halalkan Hati Yang Kucuri – Mia Kiff | Betul-betul boleh insaf baca novel ni. Sepanjang membacanya, berkali juga terlintas di hati kesedaran untuk mensyukuri apa yang kita ada hari ini tanpa memandang rendah akan kehidupang lain kerana kehidupan kita ni ibarat roda. Hari ini kita diatas dan siapa tahun, esok lusa kita pula akan berada dibawah.

Novel mengisahkan mengenai Faiq dan Delisha, pasangan suami isteri muda yang gemar berjoli menghabiskan duit ringgit keluarga untuk kebebasan, keseronokkan tanpa kenal batasan. Teguran keluarga langsung tidak diendahkan dan anehnya, pada suatu hari mereka terkejut apabila pulang dan mendapati keluarga mereka sudah jatuh muflis. Rumah besar dan syarikat telah dijual dan sudah menjadi milik orang lain malah keluarga mereka hilang tanpa jejak. read more

NEREDESIN? AWAK DI MANA? – PUTERI NOR

NEREDESIN? AWAK DI MANA? – PUTERI NOR | Subhanallah, tak terasa lulu baca novel ni, dari satu perkataan ke satu perkataan sehingga tamat novel, sungguh lulu kagum.. Ada juga terselit seperti membaca novel Melur Jelita, namun sebenarnya ada keistimewaan tersendiri dalam tulisan penulis yang pasti akan membuatkan perasaan jadi berputar kepada 360 darjah.. 😀

Mejar Syed Hilal Aslan jatuh cinta pandang pertama pada gadis yang punya rupa unik, Ruby Haya ketika berada di Kem KD Sri Medini. Dan jodoh mereka rupanya sudah tertulis ketika bertemu tanpa disangka di bumi Istanbul. Kejadian demi kejadian berlaku di sana dan tanpa ragu, Ruby segera dinikahi lalu bermulalah perjalanan dunia perkahwinan yang begitu indah antara pasangan ini. Dengki dan dendam Mak Mah, ibu saudara kejam yang menjaga Ruby sedari kecil, menjaja kisah hidup kelam dan aib Ruby kepada ibu mertuanya. Lalu selepas itu, Saadiah bertindak kejam terhadap menantunya yang sedang hamil. Kemudian Hilal dipaksa menceraikan Ruby semata-mata dengan alasan Ruby tidak ‘layak’ menjadi isteri Hilal dan menantu keluarganya. read more