Tag Archives: novel adaptasi

BISIK PADA LANGIT – SITI KHADIJAH

~STICKY POST~

BISIK PADA LANGIT – SITI KHADIJAH | Kasih sayang Wak Rosli terhadap si anak, Siti Hajar membuatkan dia agak mengabaikan 2 anaknya yang lain iaitu abang Zaidi dan adik Iqram. Siti Hajar merupakan satu-satunya anak perempuan, walaupun nampak luaran lembut, dia juga merupakan anak yang sangat lincah dan sukakan aktiviti lasak. Meraih keputusan yang sangat cemerlang dalam pelajaran membuatkan Siti Hajar melanjutkan pelajaran di Australia. Walaupun Wak Rosli berat melepaskan Siti Hajar, namun dia akur akhirnya.. read more

TUNDUKKAN PLAYBOY ITU – ANJELL

TUNDUKKAN PLAYBOY ITU – ANJELL | Jejaka kacak bernama Harraz Naufal ni memang agak playboy. Dan pilihannya haruslah merupakan wanita yang cantik dan seksi, tidak yang bertudung. Ketika sesi temuduga Nurin Areesa yang hadir berpakaian muslimah dan bertudung dan diminta Harraz buka tudung sebagai syarat berkerja di syarikat itu. SUdah tentu Nurin tolak, dan dengan selamba Nurin doakan suatu hari nanti Harraz akan jatuh cinta dan kahwin dengan perempuan yang bertudung.

Memang makbul doa Nurin, hehe nampaknya Harraz jatuh hati dan terpaut dengan seorang model yang hanya menampakkan mata di satu pertunjukkan fesyen. Hanya kerana mata, Harraz sampai termimpi dan terbayang-bayang, sehinggakan Harraz nak sangat tahu siapakah gerangan wanita misteri itu. Kerana kejadian itu citarasa Harraz nampaknya sudah mulai berubah. Namun perjalanan hidup Harraz teruji selepas dia ditangkap khalwat. Dia mula sedar betapa terpesongnya dia selama ini selepas kejadian itu. Masih adakah ruang bahagia buatnya selepas itu?? read more

Incoming search terms:

  • novel tundukkan playboy itu