Tag Archives: novel adaptasi

MANUSKRIP CINTA – SYAMNURIEZMIL

Manuskrip Cinta – Syamnuriezmil | Hehe novel penulis Syamnuriezmil ini memang tidak pernah mengecewakan. Sejujurnya bagi lulu novel yang satu ini agak berat kerana penulis menulis novel berdasarkan pandangan mata penulis, menulis tiap plot manuskripnya. Adakalanya lulu baca berkali-kali juga sebab nak faham. Walaubagaimanapun ianya tidak menghalang daripada lulu enjoy baca novel ni..

Mengisahkan mengenai seorang penulis novel, Dian Aryani yang berusia 30 tahun. Dia berhadapan dengan masalah untuk manuskrip keempatnya. Menurut editornya rasa cinta dan watak protagonis tu tak sampai. Yelah macam mana nak sampai kalau Dian Aryani sendiri tidak bercinta. Jadi untuk itu Dian Aryani terpaksa minta kawan baiknya, Gee carikan seorang teman lelaki untuk menyempurnakan ‘eksperimen’ manuskrip cinta dalam manuskripnya. Lalu muncullah Dr. Izak Ashaal seorang pakar tulang dan jiran sebelah, Dr. Rian Akasyah seorang doktor pakar jantung. Hah daripada langsung tidak ada calon, kini Dian Aryani ada dua calon. Sehinggalah berlaku kejadian demi kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal Dian Aryani. Hatinya sudah mulai memilih namun ada ketikanya tujuan asal untuk menyiapkan sebuah manuskrip yang best seller bukannya mudah… read more

BISIK PADA LANGIT – SITI KHADIJAH

~STICKY POST~

BISIK PADA LANGIT – SITI KHADIJAH | Kasih sayang Wak Rosli terhadap si anak, Siti Hajar membuatkan dia agak mengabaikan 2 anaknya yang lain iaitu abang Zaidi dan adik Iqram. Siti Hajar merupakan satu-satunya anak perempuan, walaupun nampak luaran lembut, dia juga merupakan anak yang sangat lincah dan sukakan aktiviti lasak. Meraih keputusan yang sangat cemerlang dalam pelajaran membuatkan Siti Hajar melanjutkan pelajaran di Australia. Walaupun Wak Rosli berat melepaskan Siti Hajar, namun dia akur akhirnya.. read more