Tag Archives: novel adaptasi ke filem

KAU YANG SATU – NIA AZALEA

KAU YANG SATU – NIA AZALEA | Sebuah novel adaptasi ke filem dan edisi yang lulu beli pun sudah edisi yang ke 20. Wow! Apa yang menariknya novel ini, sehingga diangkat ke filem dan meraih sehingga cetakan ke 20?

Keluarga Salina mengenali Datuk Mustaza selepas ayah Salina, Sulaiman seorang nelayan menyelamatkan lelaki itu. Ketika itu bot Datuk Mustaza karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut China Selatan. Akibat benar-benar terhutang budi, Datuk Mustaza menjodohkan anaknya, Taufik dengan Salina yang ketika itu punya perasaan terhadap rakan sekampung, Zulkifli. Taufik juga ada kekasih, Isabella seorang model sensasi berlainan agama. Akhirnya akur permintaan papanya, Taufik dinikahkan dengan Salina. Perkahwinan mereka hanya atas dasar nama apabila kehadiran Salina sebagai isteri langsung tidak diendahkan Taufik. Dihadapan papa dan mamanya, Taufik berlakon bahagia dan Salina diarahkannya untuk menyembunyikan masalah mereka. Kehadiran Zulkifli di pejabat Taufik membuatkan Taufik sedar, lelaki itu tidak kurang hebatnya apatah lagi dia terang-terangan masih menyintai Salina. read more

BISIK PADA LANGIT – SITI KHADIJAH

~STICKY POST~

BISIK PADA LANGIT – SITI KHADIJAH | Kasih sayang Wak Rosli terhadap si anak, Siti Hajar membuatkan dia agak mengabaikan 2 anaknya yang lain iaitu abang Zaidi dan adik Iqram. Siti Hajar merupakan satu-satunya anak perempuan, walaupun nampak luaran lembut, dia juga merupakan anak yang sangat lincah dan sukakan aktiviti lasak. Meraih keputusan yang sangat cemerlang dalam pelajaran membuatkan Siti Hajar melanjutkan pelajaran di Australia. Walaupun Wak Rosli berat melepaskan Siti Hajar, namun dia akur akhirnya.. read more