Tag Archives: novel adaptasi drama

CIK SERBA TAHU – SYAMNURIEZMIL

Cik Serba Tahu – Syamnuriezmil | Lulu jarang nak beli dan baca novel yang nipis. Dan untuk info novel penulis  yang satu ni memang nipis sangat, tapi hehe lulu memang minat sangat penulisan Syamnuriezmil ni, memang tidak pernah mengecewakan, so memang pilihan yang tepat untuk memilikinya dan enjoy sangat masa baca.

Novel ini mengisahkan Aerna yang di gelar Cik Serba Tahu sebab tahu apa saja yang berlaku. Asal tanya saja, dia memang tahu, dan pujian harus diberikan kepadanya kerana kecekapannya mengurus kerja, pejabat termasuk satu keluarga bos hehe. Satu hari ni dia mengenali Carl Adham, dalam satu insiden hampir berlanggar, first impression Aerna terhadap lelaki yang satu ni memang ke laut abis. Dan bila si Carl ni minta nombor telefon, selamba saja Aerna bagi nombor telefon bapak. Niat nak mengenakan Carl lah tu, tapi sebaliknya dia pula yang terkena. Boleh pulak bapak berpakat dengan si Carl tu nak kenen-kenen kan dengan Aerna. Yalah kan tak kenal maka tak cinta. Bila bapak dah siap siasat seluruh latar belakang Carl dan pujuk Aerna untuk buka hati, maka ikutlah Aerna kerumah mummy dan abah Carl.. read more

Drama 7 Hari Mencintaiku menang besar di DFKL dan senarai penuh semua pemenang..

Drama 7 Hari Mencintaiku menang besar di DFKL dan senarai penuh semua pemenang.. | Drama popular, 7 Hari Mencintaiku menang besar apabila menggondol enam trofi pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam tadi. Drama yang diadaptasikan daripada novel Siti Rosmizah terbitan Pena Creative itu menjadi pilihan pengundi untuk diangkat sebagai Drama Pilihan. Pengarah drama 7 Hari Mencintaiku, Jamal Khan diundi sebagai Pengarah Pilihan manakala trofi Penulis Skrip Pilihan dimenangi PGRs Team. read more