Tag Archives: Muslimah lebih baik

Lazada Malaysia

Pelakon Zarina Zainuddin buat keputusan tarik diri dari drama Dendam Aurora

Pelakon Zarina Zainuddin buat keputusan tarik diri dari drama Dendam Aurora | Gara-gara dihentam peminat ekoran tindakannya membuka tudung bagi menjayakan watak dalam drama, Dendam Aurora, pelakon Zarina Zainuddin membuat keputusan menarik diri daripada projek terbabit. Zarina, 46, berkata keputusan itu dibuat atas kehendaknya sendiri selain menyifatkan, ia mungkin ujian yang harus dilalui dalam usaha untuk menjadi Muslimah lebih baik.

“Saya sudah berbincang dengan pihak produser. Alhamdulillah, dia faham sebab saya menarik diri daripada terus berlakon dalam siri itu. “Mujur saya baru menjalani penggambaran untuk satu babak saja dan mereka juga sudah mempunyai pengganti saya. Apa pun, perkara ini benar-benar membuatkan saya tidak boleh tidur malam. “Insya-Allah, semoga segala urusan saya selepas ini dipermudahkan, selain dapat hidup lebih tenang,” katanya. Baru-baru ini, Zarina dihentam hebat oleh netizen gara-gara memuat naik foto berambut palsu bagi menjayakan drama rantaian 100 episod, Dendam Aurora. read more

Incoming search terms:

  • zarina zainuddin bertudung