Tag Archives: Mohd. Farris Mohammad

Lelaki dihukum penjara bayar denda selepas curi 2 helai jubah dan sehelai tudung

Lelaki dihukum penjara bayar denda selepas curi 2 helai jubah dan sehelai tudung | Gara-gara mencuri jubah dan tudung di sebuah kedai, seorang penganggur dihukum penjara tiga hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini. Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd. Farris Mohammad, 38, selepas dia mengaku bersalah mencuri dua helai jubah dan sehelai tudung bernilai RM90.40 di Kedai Muaz Textiles, Jalan Melayu di sini, pada 1.30 petang, 17 Mac lepas. Mahkamah memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 17 Mac dan tertuduh akan dipenjara sebulan lagi jika gagal membayar denda. read more