Tag Archives: Miss Universe Thailand

Busana gajah Miss Universe Thailand menarik perhatian ramai

Busana gajah Miss Universe Thailand menarik perhatian ramai | Unik dan kreatif! Jika tahun 2017, kostum nasional negara Thailand Miss Universe (MU) menyarung sepersalinan busana emas tradisional Thailand yang sangat mempersona dan sempurna. Pada tahun ini, kostum nasional dipakai oleh Sophida Kanchanarin diperagakan di hadapan khalayak menampilkan kreativiti si pereka apabila menonjolkan haiwan yang sinonim dengan Thailand iaitu gajah.

Memetik Instagram tpageant, tema dan reka bentuk gajah itu diangkat sebagai kostum nasional akan dipertandingkan kali ke-67 Miss Universe bulan hadapan di Bangkok, Thailand. Reka bentuknya diilhamkan oleh Tee Phasuk. Menurut Tee, apabila sebut sahaja negara Thailand,  orang ramai akan terfikir gajah.”Haiwan ini menjadi aspek penting bagi negara ini dan rakyat malah para pelancong juga,” katanya. read more