Tag Archives: menyusukan bayi

Gelagat pramugari menyusukan bayi tidak dikenali ketika penerbangan mendapat pujian

Gelagat pramugari menyusukan bayi tidak dikenali ketika penerbangan mendapat pujian | SEORANG pramugari bertindak menyusukan bayi yang menangis gara-gara susu formulanya habis sejurus pesawat berlepas. Patrisha Organo, 24, sedang bertugas dalam penerbangan awal pagi dari Filipina apabila dia mendengar tangisan bayi yang sangat kuat. Pramugari itu yang mempunyai bayi berusia sembilan bulan terus menuju ke arah ibu bayi berkenaan untuk memberikan bantuan.

“Sebaik sahaja saya mendengar bayi menangis, saya tahu ada sesuatu yang mungkin saya boleh buat untuk membantu. “Apabila ibunya beritahu saya bahawa dia tidak mempunyai susu formula dan saya tahu dalam penerbangan tak ada seorang pun yang membawa susu, saya tahu saya harus membantu. “Saya menawarkan susu badan saya sendiri, kerana saya memang menyusukan anak saya. read more