Tag Archives: mencuri

Lelaki dihukum penjara bayar denda selepas curi 2 helai jubah dan sehelai tudung

Lelaki dihukum penjara bayar denda selepas curi 2 helai jubah dan sehelai tudung | Gara-gara mencuri jubah dan tudung di sebuah kedai, seorang penganggur dihukum penjara tiga hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini. Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd. Farris Mohammad, 38, selepas dia mengaku bersalah mencuri dua helai jubah dan sehelai tudung bernilai RM90.40 di Kedai Muaz Textiles, Jalan Melayu di sini, pada 1.30 petang, 17 Mac lepas. Mahkamah memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 17 Mac dan tertuduh akan dipenjara sebulan lagi jika gagal membayar denda.

read more

Ibu dipenjara gara-gara curi susu formula

Ibu dipenjara gara-gara curi susu formula | Gara-gara mencuri pelbagai jenis barang termasuk susu formula bayi di sebuah kompleks beli-belah, ibu dua anak dihukum penjara empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini. Majistret, Mohd. Rehan Mohd. Aris menjatuhkan hukuman itu ke atas Norlelawati Ibrahim, 28, selepas dia mengaku bersalah mencuri 12 jenis barang bernilai RM462.96 termasuk dua susu formula bayi milik Aeon Mid Valley, di sini pada 10.15 malam, 28 Mei lepas.

Mahkamah memerintahkan suri rumah itu menjalani hukuman berkenaan dari tarikh dia ditangkap pada 28 Mei lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda dan bagi kesalahan kedua atau kemudian hendaklah dihukum dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

read more

Incoming search terms:

  • sysken 380
  • muhammad farith muhammad faizal