Tag Archives: Maycon Salustiano Silva

Lelaki tembak mati bayinya selepas isteri enggan adakan hubungan seks

Lelaki tembak mati bayinya selepas isteri enggan adakan hubungan seks  | SEORANG lelaki menembak mati bayinya yang baru berusia enam bulan selepas isteri enggan melakukan hubungan seks, menurut polis. Maycon Salustiano Silva, 25, di bawah pengaruh dadah dan alkohol sebelum menembak anak lelakinya pada awal pagi Rabu lalu. Sebelum kejadian di kediaman mereka di Luziania di Brazil, pasangan suami isteri itu terlibat dalam satu pertengkaran.

Pihak berkuasa berkata, suspek mengambil pistol yang diletakkan di belakang sofa sebelum isterinya, Jeniffer enggan melakukan hubungan seks dengannya. Salustiano yang tidak mempunyai rekod jenayah berkata, dia tidak mengingati apa yang berlaku kerana di bawah pengaruh dadah dan alkohol.Bayi yang bernama Michel disahkan meninggal dunia di hospital, kira-kira dua jam selepas insiden. read more