Tag Archives: maut di gilis

Pelajar sekolah maut selepas kemalangan dan digilis lori

Pelajar sekolah maut selepas kemalangan dan digilis lori | Seorang pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Penambang maut digilis lori di Jalan Pantai Cahaya Bulan, di sini, petang semalam. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.20 petang itu, motosikal jenis Yamaha Y150ZR yang ditunggang oleh mangsa, Nur Wardiah Syahirah Mustafa, 14, hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah Perodua Viva yang terletak di bahu jalan.

Akibat perlanggaran itu, mangsa yang datang dari arah Jalan Pantai Cahaya Bulan menuju ke Kota Bharu itu terjatuh di tengah jalan sebelum digilis sebuah lori yang datang dari arah sama. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. read more