Tag Archives: Mahkamah Sesyen

Lazada Malaysia

Bekas tentera dihukum 34 tahun penjara 23 sebatan kerana rogol anak saudara berusia 8 tahun

Bekas tentera dihukum 34 tahun penjara 23 sebatan kerana rogol anak saudara berusia 8 tahun | Seorang bekas tentera dihukum penjara 34 tahun dan 23 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan merogol dan melakukan kelucahan melampau terhadap anak saudaranya berusia lapan tahun, pada dua tahun lalu. Hakim Nazri Ismail mengenakan hukuman terhadap tertuduh yang berusia 40 tahun selepas didapati bersalah di akhir kes pembelaan. Bagi kesalahan rogol, tertuduh dihukum penjara selama 24 tahun serta 15 sebatan, berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 24 Januari 2016. read more

Penjawat awam dihukum penjara 18 tahun dan 5 sebatan kerana merogol anak tiri

Penjawat awam dihukum penjara 18 tahun dan 5 sebatan kerana merogol anak tiri | Petra Jaya : Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan lima sebatan terhadap seorang penjawat awam yang mengaku bersalah atas pertuduhan merogol anak tirinya. Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad selepas tertuduh berusia 54 tahun itu mengaku bersalah atas satu pertuduhan mengikut Seksyen 376 B (1) Kanun Keseksaan.

Lelaki itu mengaku melakukan kesalahan itu di kuarters kerajaan di Batu Lintang di sini pada 3 Januari lalu terhadap anak tirinya yang berusia 17 tahun. Pada 25 Januari lalu, satu lagi Mahkamah Seysen di sini menjatuhkan hukuman penjara 60 tahun dan 30 sebatan terhadap tertuduh selepas dia mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol mangsa yang sama sejak 2015. Berikutan keputusan penghakiman hari ini, tetuduh kini perlu menjalani hukuman penjara selama 78 tahun dan 35 sebatan. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash manakala tertuduh tidak diwakili peguam. read more