Tag Archives: Lelaki mengaku rogol anak kandung yang berusia 10 tahun

Lelaki mengaku rogol anak kandung yang berusia 10 tahun

Lelaki mengaku rogol anak kandung yang berusia 10 tahun | Seorang peniaga dikenakan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan merogol anak kandungnya berusia 10 tahun, September lalu. Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 50 tahun mengaku bersalah terhadap kesalahan itu. Mahkamah memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 13 Oktober lalu.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada lapan anak itu didakwa merogol anak perempuannya berusia 10 tahun empat bulan, di sebuah rumah tanpa nombor di Beris Kubur Besar, Bachok, di antara jam 9.30 malam hingga 11.15 malam, pada 22 September 2017. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan minimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan. read more