Tag Archives: laman sosial

Lazada Malaysia

Apa dah jadi dengan penyanyi Taylor Swift ni?

Apa dah jadi dengan penyanyi Taylor Swift ni? | DUA hari lalu kecoh di laman sosial apabila penyanyi Taylor Swift dikatakan muncul di khalayak dengan gaya yang cukup privasi. Menurut laporan Splash News, Taylor sanggup sembunyi di dalam sebuah bagasi untuk keluar dari kediamannya bagi mengelak kehadirannya dirakam atau menjadi tumpuan paparazi.  Penyanyi lagu Shake It Off itu dikatakan keluar dari kediamannya di Manhattan, New York dengan bersembunyi di dalam sebuah bagasi.

Sekeping foto menunjukkan dua orang lelaki bertubuh besar sedang membawa keluar sebuah bagasi besar dari apartment Taylor. Kapsyen gambar menyebut penyanyi itu bersembunyi dalam bagasi tersebut. “Taylor Swift dibawa menggunakan sebuah bagasi besar dari apartment Tribecca ke dalam keretanya. “Sekumpulan pengawal peribadi juga kelihatan membantu memindahkan beg berkenaan dengan cukup berhati-hati,” tulisnya Bagaimana pun, semalam pihak agensi Taylor Swift mengesa media berkenaan menurunkan berita tersebut. read more

Ketahui cabaran Blue Whale Challenge yang menggalakan remaja bunuh diri

Ketahui cabaran Blue Whale Challenge yang menggalakan remaja bunuh diri | PIHAK berkuasa di beberapa buah negara mengeluarkan amaran kepada ibu bapa berhubung satu cabaran yang tular dalam kalangan remaja menerusi atas talian. Cabaran yang dinamakan Blue Whale Challenge ini mensasarkan remaja untuk melakukan pelbagai aktiviti merbahaya, dengan kemuncak untuk ‘memenangi’ cabaran ini ialah terjun dari bangunan tinggi.

Dengan kata lain, bunuh diri.

Sebelum sampai ke peringkat itu, mereka yang mendaftar untuk melakukan cabaran ini akan diminta untuk melakukan 50 jenis tugasan, antaranya mengelar dan mengukir pergelangan tangan dengan pelbagai corak, berdiri di pinggir kren yang tergantung dan berdiri di atas landasan kereta api.Cabaran itu dikatakan bermula di Rusia pada 2015, dan sehingga kini telah mengakibatkan kematian kira-kira 130 orang remaja. Ia kembali diperkatakan apabila dua remaja di Rusia, Yulia Konstantinova, 15, dan Veronika Volkova, 16, maut selepas terjun dari bangunan apartment 14 tingkat, Februari lalu. read more