Tag Archives: Komander Parjana

Lelaki tergamak cederakan nenek sendiri dan kemudian merompaknya

Lelaki tergamak cederakan nenek sendiri dan kemudian merompaknya | Seorang lelaki tergamak mencederakan neneknya sendiri dengan memukul warga tua itu dengan batu bata sebelum merompaknya. Dalam kejadian di Bekasi, Jawa Barat itu, mangsa cedera di kepala dan muka akibat perbuatan cucunya yang dikenali sebagai Ali Mahmud. Ketua Polis Bekasi Timur, Komander Parjana berkata, suspek yang berusia 23 tahun berpura-pura melawat mangsa di kediamannya.

Bagaimanapun, sebaik pintu dibuka, suspek telah menyerang mangsa dengan memukul kepalanya dengan batu bata. “Suspek telah mengambil Rp3 juta (RM854) dan 10 gram barang kemas milik mangsa,” katanya seperti dilapor wartakota.tribunenews.com. Pembantu rumah mangsa, Nurhasanih, 30, menemui warga tua yang cedera itu dan mendapatkan bantuan jiran untuk membawanya ke hospital. Setakat ini, polis masih cuba mengesan Ali yang dikatakan telah melarikan diri. read more