Tag Archives: kisah dalam penerbangan

Gelagat pramugari menyusukan bayi tidak dikenali ketika penerbangan mendapat pujian

Gelagat pramugari menyusukan bayi tidak dikenali ketika penerbangan mendapat pujian | SEORANG pramugari bertindak menyusukan bayi yang menangis gara-gara susu formulanya habis sejurus pesawat berlepas. Patrisha Organo, 24, sedang bertugas dalam penerbangan awal pagi dari Filipina apabila dia mendengar tangisan bayi yang sangat kuat. Pramugari itu yang mempunyai bayi berusia sembilan bulan terus menuju ke arah ibu bayi berkenaan untuk memberikan bantuan.

“Sebaik sahaja saya mendengar bayi menangis, saya tahu ada sesuatu yang mungkin saya boleh buat untuk membantu. “Apabila ibunya beritahu saya bahawa dia tidak mempunyai susu formula dan saya tahu dalam penerbangan tak ada seorang pun yang membawa susu, saya tahu saya harus membantu. “Saya menawarkan susu badan saya sendiri, kerana saya memang menyusukan anak saya. read more

Wakil rakyat ini mengaku pukul pramugara dengan selipar sebanyak 25 kali

Wakil rakyat ini mengaku pukul pramugara dengan selipar sebanyak 25 kali | Seorang ahli politik India, hari ini mengaku memukul pramugara syarikat penerbangan Air India 25 kali dengan seliparnya ketika berbalah mengenai tempat duduk. Wakil parti nasionalis Hindu, Shiv Sena di Dewan Rakyat, Ravindra Gaikwad, mendakwa pembantu kabin itu terlebih dahulu menghinanya dalam penerbangan dari Pune ke New Delhi.

“Apa yang dia kata, saya memukulnya dengan tangan? Saya memukulnya 25 kali dengan selipar,” kata Gaikwad kepada agensi berita ANI dalam rakaman video yang disiarkan di laman Twitter dan disiarkan di saluran berita India. Media India melaporkan Gaikwad mendakwa beliau memiliki tiket kelas perniagaan tetapi Air India menempatkannya di kelas ekonomi pada penerbangan pagi ini ke New Delhi. read more