Tag Archives: Ketua Polis Daerah Taiping

Lelaki pukul isteri hingga maut selepas syak wanita itu ada hubungan dengan lelaki lain

Lelaki pukul isteri hingga maut selepas syak wanita itu ada hubungan dengan lelaki lain | Seorang suami tergamak memukul isterinya sehingga maut hanya kerana mengesyaki wanita tersebut mempunyai hubungan rapat dengan lelaki lain semasa mereka bertengkar di rumah mereka di Matang dekat sini malam Selasa lalu. Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan seorang suri rumah berusia 38 tahun dan ibu kepada empat orang disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, selepas kejadian, suami mangsa yang merupakan seorang buruh datang membuat laporan mengenai kejadian tersebut di Balai Polis Kuala Sepetang dekat sini pada pukul 9.15 pagi kelmarin. Jelasnya, dalam laporan tersebut, suspek yang berusia 40 tahun memaklumkan bahawa dia telah memukul isterinya sehingga cedera dan tidak sedarkan diri. read more

Misteri penemuan mayat lelaki yang tergantung pada pokok

Misteri penemuan mayat lelaki yang tergantung pada pokok | Niat seorang pelajar berusia 18 tahun untuk mandi di Sungai Pecah Batu, Trong, di sini tidak kesampaian apabila dia dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang tergantung pada tali di pokok. Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, mangsa dikenali sebagai Yeng Yong Sooi, 54, dari Trong dipercayai telah meninggal dunia. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kepala mangsa telah tergantung dengan tali nylon di sebatang pokok. read more