Tag Archives: Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu

Pencuri cedera dan tidak sedarkan diri selepas terjun tingkat 3

Pencuri cedera dan tidak sedarkan diri selepas terjun tingkat 3  | Seorang lelaki dipercayai warganegara asing bukan sahaja tidak sempat ‘menikmati’ hasil curinya malah turut cedera selepas terjun dari tingkat tiga bangunan Api-Api Centre di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, suspek yang berusia 29 tahun dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri selain mengalami kecederaan retak pada bahagian dagu dan patah tapak kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, dimaklumkan, sebelum insiden seorang pengawal keselamatan menemui suspek dalam keadaan mencurigakan sambil menyelongkar tas tangan wanita warna kelabu. Sehubungan itu, pengawal keselamatan berkenaan segera membawa suspek ke pejabat sekuriti. “Semasa dalam perjalanan ke pejabat sekuriti suspek secara tiba-tiba cuba melarikan diri dan terjun dari tingkat tiga lalu terjatuh di lantai bahagian belakang bangunan tersebut. read more

Wanita ditemui mati akibat kehilangan banyak darah selepas bersalin di hotel

Wanita ditemui mati akibat kehilangan banyak darah selepas bersalin di hotel | Seorang wanita ditemui mati, dipercayai akibat kehilangan banyak darah selepas melahirkan bayi lelaki di tandas sebuah hotel di Jalan Pantai, di sini, hari ini. Mayat wanita berusia 24 tahun itu ditemui pekerja hotel terbabit kira-kira jam 7.30 pagi sebelum memaklumkannya kepada polis. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata siasatan mendapati kejadian berlaku di salah sebuah bilik di tingkat tiga hotel berkenaan. read more