Tag Archives: Ketua Polis

Lazada Malaysia

Pensyarah sebuah maktab perguruan ishtihar diri Tuhan dan perkenal agama baru

Pensyarah sebuah maktab perguruan ishtihar diri Tuhan dan perkenal agama baru | Seorang pensyarah sebuah maktab perguruan menamakan dirinya sebagai tuhan selepas mengisytiharkan satu agama baru – Agama Angkasa Nauli (AAN). Pensyarah berkenaan, Sabar Nababan menyebarkan agamanya itu melalui media sosial sejak Jumaat lalu. Dalam satu kenyataan yang dimuat naiknya, Sabar menamakan kitab suci agamanya ‘Kebenaran.’ Dia juga turut menyenaraikan nama jemaah serta barisan pentadbir AAN.

Menyedari mengenai perisytiharan itu, polis bertindak cepat bagi memastikan tidak ada perkara buruk berlaku kerana bimbang ada pihak yang akan bertindak terhadap Sabar. Ketua polis R Sudjoko berkata, pihaknya sudah menyoal siasat Sabar mengenai AAN. “Dia mengaku mengisytiharkan agama barunya menerusi Facebook ketika kami menyoalnya di rumahnya. Sehubungan itu, kami juga sudah menyelaraskan tindakan selanjutnya dengan pejabat awam lain, termasuk Jabatan Agama,” kata Sudjoko. read more

Mimpi ibu masih hidup, lelaki sanggup gali kubur dan bawa pulang mayat ibu

Mimpi ibu masih hidup, lelaki sanggup gali kubur dan bawa pulang mayat ibu | Gara-gara percayakan mimpi bahawa ibunya belum mati walaupun telah dikebumikan, seorang lelaki sanggup menggali kubur dan membawa pulang mayat ibunya atas alasan untuk “menghidupkan” semula mayat itu. Perbuatan pelik lelaki dikenali sebagai Supriyanto, 47, dari Kampung Dusun Ngrancang di Kedu, Daerah Temanggung, Jawa Tengah itu hanya disedari oleh penduduk kampung setelah sebulan kejadian itu berlaku dan kemudiannya membuat laporan polis pada Rabu. read more