Tag Archives: Ketahui cabaran Blue Whale Challenge yang menggalakan remaja bunuh diri

Lazada Malaysia

Ketahui cabaran Blue Whale Challenge yang menggalakan remaja bunuh diri

Ketahui cabaran Blue Whale Challenge yang menggalakan remaja bunuh diri | PIHAK berkuasa di beberapa buah negara mengeluarkan amaran kepada ibu bapa berhubung satu cabaran yang tular dalam kalangan remaja menerusi atas talian. Cabaran yang dinamakan Blue Whale Challenge ini mensasarkan remaja untuk melakukan pelbagai aktiviti merbahaya, dengan kemuncak untuk ‘memenangi’ cabaran ini ialah terjun dari bangunan tinggi.

Dengan kata lain, bunuh diri.

Sebelum sampai ke peringkat itu, mereka yang mendaftar untuk melakukan cabaran ini akan diminta untuk melakukan 50 jenis tugasan, antaranya mengelar dan mengukir pergelangan tangan dengan pelbagai corak, berdiri di pinggir kren yang tergantung dan berdiri di atas landasan kereta api.Cabaran itu dikatakan bermula di Rusia pada 2015, dan sehingga kini telah mengakibatkan kematian kira-kira 130 orang remaja. Ia kembali diperkatakan apabila dua remaja di Rusia, Yulia Konstantinova, 15, dan Veronika Volkova, 16, maut selepas terjun dari bangunan apartment 14 tingkat, Februari lalu. read more