Tag Archives: kes polis

Seorang jururawat lelaki didakwa bunuh 106 pesakit selama dia bertugas

Seorang jururawat lelaki didakwa bunuh 106 pesakit selama dia bertugas | Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan seorang jururawat lelaki yang dihukum penjara atas kesalahan menyebabkan kematian dua orang turut membunuh 106 pesakit tempat dia bertugas. Lelaki itu sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana me­lakukan dua pembunuhan dan dua cubaan membunuh di sebuah hospital di bandar Delmenhorst selepas didakwa pada tahun 2015.

Pendakwa raya dan polis berkata, mereka telah selesai melakukan pemeriksaan lanjut ke atas pesakit-pesakit yang mati ketika Hoegel ber­khidmat sebagai seorang jururawat di dua hospital tempatan dan menemui 16 kes terbaharu melibatkan lelaki itu. Lewat Ogos lalu, mereka mendapati Hoegel mungkin telah membunuh sekurang-kurangnya 84 pesakit lain selain kes yang menyebabkan dia dijatuhi hukuman penjara. Menurut pendakwa raya, mereka akan mengemukakan lebih banyak dakwaan terhadap suspek pada awal tahun 2018. read more

Wanita bakar anak dalam ketuhar dan hantar video pada bekas suami

 Wanita bakar anak dalam ketuhar dan hantar video pada bekas suami | Seorang wanita membakar dua anaknya hidup-hidup dalam ketuhar, dan menghantar rakaman pembunuhan kejam itu kepada bekas suaminya. Laporan New York Post mengatakan Lamora Williams, 24, memasukkan Ke’Younte Penn, 2, dan Ja’Karter Williams, 1, ke dalam ketuhar di antara Khamis dan Jumaat minggu lepas. Williams kemudian menghantar rakaman menunjukkan kedua-dua mangsa terbaring hangus di atas lantai kepada bapa mereka, Jameel Penn. read more