Tag Archives: kes bunuh

Lelaki diculik dan dibunuh kerana main cinta dengan isteri orang

Lelaki diculik dan dibunuh kerana main cinta dengan isteri orang | Gara-gara bermain cinta dengan isteri orang, seorang lelaki dipercayai diculik dan dibunuh sebelum mayatnya ditanam di sebuah tanah perkuburan bukan Islam di Ladang Sega Siliau, di sini. Kejadian berlaku apabila mangsa berusia 29 tahun dikatakan bermain cinta dengan seorang wanita yang merupakan isteri kepada suspek secara senyap-senyap. Menurut sumber, cinta tiga segi itu bagaimanapun dapat dihidu suspek yang berusia 29 tahun, sebelum dia bertindak luar kawalan dengan menculik dan bunuh mangsa sebelum ditanam. read more

Seorang jururawat lelaki didakwa bunuh 106 pesakit selama dia bertugas

Seorang jururawat lelaki didakwa bunuh 106 pesakit selama dia bertugas | Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan seorang jururawat lelaki yang dihukum penjara atas kesalahan menyebabkan kematian dua orang turut membunuh 106 pesakit tempat dia bertugas. Lelaki itu sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana me­lakukan dua pembunuhan dan dua cubaan membunuh di sebuah hospital di bandar Delmenhorst selepas didakwa pada tahun 2015.

Pendakwa raya dan polis berkata, mereka telah selesai melakukan pemeriksaan lanjut ke atas pesakit-pesakit yang mati ketika Hoegel ber­khidmat sebagai seorang jururawat di dua hospital tempatan dan menemui 16 kes terbaharu melibatkan lelaki itu. Lewat Ogos lalu, mereka mendapati Hoegel mungkin telah membunuh sekurang-kurangnya 84 pesakit lain selain kes yang menyebabkan dia dijatuhi hukuman penjara. Menurut pendakwa raya, mereka akan mengemukakan lebih banyak dakwaan terhadap suspek pada awal tahun 2018. read more